Home » bantuan » BPN Semak Status Fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional

BPN Semak Status Fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional

Berikut kami kongsikan cara bpn semak fasa 2 untuk anda pengguna baru sudah dapat pada fasa 1 dahulu. permohonan baru & ratuyuan juga boleh menggunakan kaedah yang sama.

BPN semak Fasa 2

Sistem Semak BPN Status Fasa 2

Apa itu BPN? Ianya merupakan Bantuan Prihatin Nasional untuk rakyat Malaysia yang Berkelayakan diberi oleh kerajaan menerusi medium online yang dibuat menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi meringankan beban anda semasa musim pkp covid 19 ini.

Cara Cek Status BPN (Bantuan Prihatin Nasional)

➠ Untuk membuat semakan status anda hanya perlu masuk ke https://bpn.hasil.gov.my/

➠ Masukkan No. Mykad Anda tanpa (-) dan klik “Cari”.

➠ Masukkan Frasa Kata Yang Ditetapkan dan tekan “Semak”.

➠ Dan sistem akan paparkan sama ada anda Lulus atau Gagal sahaja.

Syarat Kelayakan BPN

Untuk B40

➠ Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak
pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

➠ Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan
maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Untuk M40

➠ Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang
Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

➠ Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata
Cukai Pendapatan (BNCP).

➠ Pembayar cukai warganegara dan tinggal di Malaysia

Jumlah Bayaran

jumlah bayaran bpn

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh rujuk FAQ BPN atau

Hasil Care Line (HCL) di talian 03-
89111000.

Categories bantuan

Leave a Comment