Tentang Kami

Februari ini melakarkan satu sejarah tersendiri buat majalah Kuntum. Ya, 1 Februari merupakan sambutan 

ulang tahun ke-38 majalah berbentuk pendidikan untuk kanak-kanak ini.

 

Kuntum adalah sebuah majalah pendidikan kanak-kanak yang diterbitkan dalam dwibahasa, sesuai sebagai bahan bacaan untuk pelajar sekolah rendah. Majalah ini pertama kali dilancarkan pada bulan Februari 1980 dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak Malaysia dalam pelbagai bidang, serta ia juga untuk menggalakkan minat membaca.

 

Kuntum diterbitkan oleh syarikat penerbitan terkemuka, Star Media Group Berhad. Kewujudan portal Kuntum ini diharapkan membantu anda semua untuk mengakses maklumat-maklumat dengan lebih mudah selain untuk mengikuti perkembangan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kuntum dari semasa ke semasa.



SIDANG REDAKSI

PEMANGKU EDITOR:

Norlia Jaafar


WARTAWAN:
Siti Aishah Shah Bani
Nor Zubidah Mustafa

ARTIS:

Rizalman Misran

Al-Zafran Hasan

 

 

 

Fakta:

 

  • Harga majalah Kuntum bermula pada harga 60 sen sahaja.
  • Empat orang editor telah menerajui majalah Kuntum selama tempoh 38 tahun:-

Ahmad Nadzir Amir, Fadzilah Haron, Datin Amelia Kassim dan Asma Saad.

  • Kuntum menekankan konsep JERI- Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

 

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?