Tip Capai Kejayaan

 SENTIASA BERSEDIA!

 

Pelajar cemerlang menjadi idaman setiap pelajar di seluruh negara. Tidak kira bagaimana struktur pembelajaran diajar di sekolah, semuanya mahukan kejayaan cemerlang. Para pelajar sebenarnya perlu menanam di dalam diri iaitu niat mencapai kecemerlangan demi masa depan yang gemilang kelak. Ayuh ikuti tips berikut:

 

Hadir Ke Kelas Awal

------------------

Memasuki kelas lebih awal membolehkan anda bersedia sebelum guru mengajar. Sebaliknya, jika anda dalam keadaan tergesa-gesa atau lambat, otak anda tidak cukup bersedia untuk menerima ilmu yang diajar oleh guru.

 

Baca Topik Dahulu Sebelum Guru Mengajar

------------------------------------

Ya, baca secara ringkas topik yang akan diajar. Melalui cara ini, anda akan lebih faham dengan bantuan guru anda ketika sesi pengajaran sedang berjalan. Jika ada pertanyaan, sila bertanya kepada guru setelah selesai guru mengajar.

 

Buku Dan Alat Tulis Lengkap Tersedia

---------------------------------

Bekalan buku perlu lengkap mengikut jadual yang diberi bagi memudahkan anda merujuk dan menulis nota. Begitu juga dengan alat tulis seperti pensel 2B, pemadam, pembaris dan lain-lain lagi disediakan lebih awal. Ini akan membantu anda menjimatkan masa dan lebih fokus ketika guru mengajar.

 

Catat Nota Dan Isi Penting

------------------------

Keadaan ini sangat penting. Anda perlu mencatat nota ringkas dengan mengambil isi penting topik yang sedang diajar guru. Catatan ini akan membantu anda ketika mengulang kaji pelajaran kelak.

 

Ajar Semula Pada Kawan

----------------------

Teknik ini sangat berkesan untuk memori kefahaman anda. Ajarkan semula pada kawan-kawan yang lain secara berkumpulan dan berbincang bersama-sama dengan bersoal jawab. Amalan bantu-membantu sangat mulai di sisi agama.

 

 

Kata-kata motivasi bulan ini:

 

Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapannya, tetapi hebat dalam tindakannya.

 

 

 

-----------------------

 

STUDY SMART 

 

 Image 16

Selalu kita dengar istilah Study Smart dan Study Hard. Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut dikongsikan 5 kaedah belajar yang berkesan untuk membantu anda berhadapan dunia peperiksaan. 

 

 

Image 19

 

1- Tidak Leka Walaupun Seminit

-------------------------

Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, atau masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulang kaji pelajaran yang telah dibaca.

 

 

 Image 21

 

2- Bawa Buku Ke Mana Sahaja Mereka Pergi

-----------------------------------

Amalkan sikap membawa buku setiap masa. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

 

 

 Image 23

3- Buat Nota Ringkas

-------------------

Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda.

 

 

 Image 25

 

4- Mengikut Jadual Sepenuhnya

---------------------------

Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biarpun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaja buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggungjawab belajar.

 

 

 Image 27

 

5- Sentiasa Bertanya Jika Tidak Faham

----------------------------------

Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biarpun anda sudah faham, anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda.

 

Kata-kata motivasi bulan ini:

Jika kamu menunggu sehingga betul-betul bersedia, kamu akan habiskan hidup kamu dengan hanya menunggu. 

 

--------------------------------

 

RAHSIA ABCDE

 

Setiap pelajar tentu ingin mendapat kejayaan, khususnya dalam pelajaran. Akan tetapi kejayaan tidak datang bergolek dengan mudah. Kejayaan boleh diperoleh dengan usaha yang terancang serta keazaman yang kuat. Setiap pelajar hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu.

 

Ciri-ciri itu boleh diringkaskan dengan abjad A, B, C, D dan E. 

 

 

 Image 6

Huruf A bermaksud attitude atau sikap. Pelajar yang berjaya dan cemerlang mempunyai sikap yang positif serta rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. Bertanya apabila tidak faham dan menjawab apabila disoal guru. Sikap positif ini akan mendorong mereka mendengar dengan teliti ketika guru mengajar. Sebaliknya, pelajar yang bersikap negatif tidak berminat terhadap pelajaran dan cepat berasa bosan.

 

Image 7

Huruf B bererti belief atau kepercayaan. Pelajar cemerlang mempercayai mereka ada potensi untuk berjaya. Yakin bahawa mereka boleh lulus peperiksaan dengan baik. Kepercayaan diri akan terus mendorong mereka berusaha dengan gigih dan seterusnya membawa kepada kejayaan yang besar.

 

Image 8

Huruf C bermakna confidence atau keyakinan. Keyakinan membolehkan pelajar berasa selesa ketika menghadapi peperiksaan. Rasa yakin ini akan membantu pelajar menjawab soalan-soalan dengan baik.

 

Image 9

Huruf D membawa makna determination atau keazaman. Keazaman yang kuat akan mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Mereka juga tidak cepat berputus asa. Pelajar yang mempunyai keazaman tinggi sering menganggap kegagalan sebagai cabaran dan berusaha sehingga mencapai kejayaan.

 

Image 10

Huruf E membawa maksud enthusiasm atau semangat. Pelajar yang bersemangat tidak pernah menangguhkan kerja sekolah. Mereka akan membuat ulang kaji pelajaran lebih awal sebelum menghadapi sebarang peperiksaan. Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar.

 

 

Kata-kata motivasi bulan ini.

Bersedialah sementara ada kesempatan. Jangan menunggu sehingga datang kesempitan.

 

-----------------------------

 

PERASAAN INGIN TAHU


Tanda-tanda kebijaksanaan seseorang pelajar itu dapat dilihat  daripada sifat  ingin tahu yang tinggi dalam pelbagai perkara, khususnya berkaitan pelajarannya. Sifat itu jelas terzahir di kalangan pelajar ataupun individu yang berfikiran kritikal dan gemar melahirkan pelbagai pertanyaan dan persoalan tentang pelbagai perkara. Sifat ingin tahu yang mendalam menunjukkan kematangan berfikir seseorang.


o    Seseorang pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi sentiasa ketagih dan dahagakan maklumat tambahan dan penerangan lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara.

O    Pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu biasanya kerap mengajukan  soalan kepada gurunya  supaya mereka lebih jelas dan memahami konsep, kemahiran, formula atau teori sesuatu mata pelajaran.

o    Pelajar yang tidak minat bertanya atau mengajukan soalan  sering dilabelkan sebagai pelajar yang bersifat pasif. Mereka ini dikatakan banyak berdiam dan semasa menjalankan  proses pembelajaran bersama guru. Begitu juga selepas waktu pembelajaran. Proses pencerapan ilmu yang diterima secara bulat-bulat tanpa pemikiran kritis dalam penerimaan ilmu, membuatkan mereka enggan mengajukan sebarang bentuk soalan kepada guru ataupun rakan-rakan yang lebih mahir. Tidak berupaya menggerakkan minda bagi mewujudkan  persoalan dan pertanyaan membuatkan ilmu yang diperoleh mereka ini terhad.

O    Berbeza daripada pelajar  yang bersikap ingin tahu, mereka terangsang mencari maklumat tambahan daripada pelbagai bahan bacaan, ataupun bahan visual. selain rajin bertanya kepada orang yang lebih arif mengenainya.

O    Selain itu, perasaan ingin tahu yang tinggi dalam diri pelajar mampu diterjemahkan melalui keberanian dan keyakinan diri pelajar itu. Pelajar yang mempunyai semangat ingin tahu mudah terdorong dengan sifat-sifat positif seperti kreatif, rajin, tidak berasa malu untuk bertanya, tidak angkuh serta penuh komitmen.
    
O    Mereka tidak mudah berasa malu menampilkan kemahuan mereka, asalkan mereka berupaya mengatasi kelemahan itu. Pelajar seumpama ini tidak khuatir dengan ejekan ataupun diperlekehkan pelajar lain kerana mengajukan soalan yang didakwa mereka kononnya 'soalan bodoh'.
    
O    Pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi mampu menguasai sesuatu perkara dengan cepat dan mudah. Ini kerana sifat ingin tahu mereka mendorong kepada pencarian lebih banyak maklumat

O    Pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa berada di hadapan berbanding pelajar yang tidak gemar bertanya, ataupun tiada inisiatif mendapatkan maklumat. Ini disebabkan mereka mempunyai kefahaman yang tinggi pada satu-satu perkara hasil kekuatan sifat ingin tahu mereka.

--------------------------------------------------

 

PERSEDIAAN PSIKOLOGI PELAJAR...

 

Hari peperiksaan adalah tempoh waktu yang amat penting bagi pelajar-pelajar yang masih bersekolah atau mengikuti pengajian. Saat yang pasti dilalui oleh setiap orang daripada kita semua bukan? Di samping pembelajaran ilmiah, terdapat faktor-faktor lain yang membantu kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan tersebut.

Antara faktor tersebut ialah persediaan:
(a) mental
(b) emosi
(c) fizikal

 

(Sumber gambar: Google)

 

Persediaan Mental
---------------
Para pelajar sering menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang membebankan dan perlu dijauhi. Peperiksaan sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan negatif pelajar seperti membosankan, susah, takut gagal, tidak boleh buat, tertekan, dan sebagainya. Oleh itu, persediaan mental sebelum menghadapi peperiksaan amat penting supaya peperiksaan yang dilalui berlangsung dengan lancar dan penuh yakin. Selalulah berfikir secara positif dan berpandangan jauh. Katakan dalam diri kamu bahawa dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja, kamu akan menggapai sebuah kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.

    Untuk berjaya, seseorang itu perlu berusaha kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Hayatilah peribahasa 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' maka pasti kamu akan merasakan peperiksaan yang dilalui bukan sesuatu yang membebankan, tetapi jambatan menuju kebahagiaan. Justeru, belajarlah mencintai peperiksaan dan ujian bulanan yang diadakan sepanjang tahun di sekolah. Anggaplah peperiksaan tersebut dapat membantu kamu dalam menjawab peperiksaan yang sebenar kerana melalui peperiksaan sahajalah kamu dapat mengukur sejauh mana kamu mempelajari sesuatu ilmu.

Persediaan Emosi
--------------
Persediaan emosi amat penting dalam menghadapi peperiksaan. Gagal dan lulus seseorang pelajar sedikit sebanyak dipengaruhi oleh emosi pelajar, sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung. Terdapat juga pelajar cemerlang yang tidak dapat mencapai matlamat kecemerlangan peperiksaan yang diimpikan kerana gangguan emosi. Perkara ini amat merugikan dan perlulah diatasi sebelum keadaaan menjadi semakin parah.

    Ganguan emosi boleh berpunca daripada keretakan rumah tangga antara ibu dan bapa, kematian orang tersayang, pergaduhan dan sebagainya. Seandainya pelajar menghadapi masalah emosi, atasilah segera, jangan  biarkan berlarutan. Jika kamu tidak dapat menyelesaikannya sendiri, maka carilah orang yang dipercayai dapat membantu seperti kaum keluarga iaitu abang, kakak, adik, ayah atau ibu. Jika di sekolah, pelajar boleh berkongsi sebarang masalah dengan guru kaunseling. Kesediaan mereka mendengar adalah ubat yang paling mujarab walaupun ia tidak dapat mengubat penyakit emosi sepenuhnya.

Persediaan Fizikal
---------------
Persediaan fizikal juga perlu bagi memastikan pelajar mencapai tahap persediaan emosi dan mental bagi menghadapi peperiksaan. Persediaan fizikal adalah mempunyai tubuh badan yang sihat. Pelajar perlu mempunyai tubuh badan yang sihat ketika menghadapi peperiksaan, juga ketika berada di sekolah. Tubuh badan yang tidak sihat akan mengganggu mental dan emosi pelajar, seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar.

    Di samping memiliki tubuh badan yang sihat, kita juga hendaklah menjaga pemakanan serta mendapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup amat penting, lebih-lebih lagi ketika peperiksaan semakin hampir. Kurangnya tidur boleh mengganggu kesihatan fizikal, seterusnya mengganggu proses menjalani peperiksaan.


===================================
Kata-kata motivasi bulan ini.
------------------------------
Minda yang tenang membuat kita mampu melihat
cara menebus kesilapan yang lalu.
====================================

------------------------------------------

 

PENTINGNYA PENGURUSAN MASA...

 

Anda tentu pernah mendengar pepatah "Masa itu emas". Ini bermakna masa itu adalah sangat berharga. Kalau anda kekurangan wang, anda boleh meminjamnya, akan tetapi, masa yang telah berlalu, tidak dapat dipinjam. Oleh itu, sebagai pelajar cemerlang seharusnya anda bijak menggunakan masa. Seseorang pelajar yang cemerlang, tentu sekali tidak akan melakukan perkara-perkara yang merugikan dan bertangguh dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pelajar yang cemerlang juga sayangkan masanya kerana waktu itu adalah amat berharga.

     Pengurusan masa yang sempurna adalah penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Pelajar perlu pandai membahagi-bahagikan masa dengan bijak demi keperluan akademik dan kehidupan sosial.  Apabila tidak ada pengurusan masa yang cekap dan sempurna, pelajar akan menemui kegagalan dalam kedua-dua aspek.

 

                                                 


     Pernahkah anda terfikir, mengapa ada pelajar yang begitu sibuk dengan aktiviti sekolah masih boleh cemerlang dalam peperiksaan, sedangkan pelajar lain yang tidak begitu sibuk tidak cemerlang? Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Adakah ini kerana mereka benar-benar sibuk atau kerana mereka tidak dapat uruskan masa mereka dengan baik?

      Pengurusan masa yang sempurna bukan berdasarkan jumlah masa yang digunakan, tetapi cara masa itu diuruskan. Seseorang yang mengambil masa selama dua jam untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan sedangkan pekerjaan itu boleh disiapkan dalam masa satu jam, menunjukkan bahawa dia tidak melakukan pengurusan masa yang betul. Sebaliknya, seseorang yang dapat menyiapkan pekerjaan yang sama dalam masa satu jam atau kurang, menunjukkan bahawa dia mempunyai pengurusan masa yang baik.

      Satu  masalah utama yang disebut-sebut oleh pelajar ialah masalah pengurusan masa. Tidak pandai menguruskan masa adalah satu faktor utama yang menjadi penghalang pelajar menjadi cemerlang. Kesibukan menghadiri sekolah, kegiatan kokurikulum, kelas tambahan dan lain-lain menuntut pelajar mengurus waktunya dengan cekap. Kegagalan mengurus masa mengakibatkan pelajar berada dalam kesukaran dan tidak melakukan satu-satu perkara dengan sempurna.

     Pengurusan masa juga merujuk kepada cara menguruskan masa agar anda dapat mencapai matlamat anda. Jika anda pandai mengurus dan menggunakan masa dengan baik, sudah tentu anda mempunyai lebih masa untuk membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran. Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:

1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
2. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
3. Elakkan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
5. Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
7. Jika berjaya dalam sehari, cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu. 

 

                  

 -----------------------------------------

 

Tahun Baharu, Azam Baharu

Saat ini, pasti ramai yang sudah mempunyai azam baharu, ada semangat baharu dan macam-macam yang baharu. Sebelum itu, jom kita lihat 'sejarah' kita yang lalu. Azam Tahun 2012 yang lalu sejauh mana telah kita laksanakan? Kalau sudah terlaksana, sejauh mana ia berkesan dalam hidup kita? Apa perubahan yang telah berlaku? Adakah lebih baik atau lebih buruk? Kalau ada yang masih kurang, ayuh sempurnakannya pada tahun baru ini.

 

Perlukah Azam Baharu?


Azam bukanlah perkataan keramat yang perlu disebut setiap kali tahun baharu menjelang. Malah ada di antara kita yang azamnya setiasa dibawa ke tahun-tahun akan datang, sebagai contoh, azam hendak menepati masa mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang telah disediakan. Bagi pelajar-pelajar yang biasa menepati masa, perkara ini nampaknya mudah ditunaikan berbanding bagi pelajar-pelajar yang tegar. Kebanyakan pelajar masih belum berjaya menunaikan perubahan positif yang dijanjikan.

 

    'Saya berazam nak belajar bersungguh-sungguh pada tahun ini', adalah azam utama dan paling popular yang dipilih oleh pelajar-pelajar sekolah pada setiap tahun demi mencapai citi-cita memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki nanti.

    Secara umumnya, azam baharu merupakan suatu perubahan. Walaupun kita tak menjanjikan berlakunya perubahan, tetapi dengan perkataan itu sendiri, bakal terbit nilai perubahan atau ingin berubah dari suatu sifat ke sifat lain.

Memperkasa Azam Baharu

Memperkasa cita-cita dan memperbaharui azam biasanya dilakukan pada setiap kali tahun baharu. Dalam usaha memperkasa cita-cita, semangat dan keazaman terus dipertingkatkan demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.


     Setiap cita-cita yang ingin dicapai sudah tentu mempunyai halangan dan cabaran. Bagi pelajar yang bersifat dinamik dan kreatif, halangan dan cabaran itu adalah alat pendorong untuk mencapai kemajuan, bukan sebagai alasan untuk tidak berusaha.

 

 

    Cita-cita diikuti azam yang bersungguh-sungguh perlu bagi manusia yang hidup. Manusia yang tidak bercita-cita bukanlah sebenarnya dia hidup, tetapi itu adalah kematian kerana manusia yang tidak mempunyai cita-cita sudah mati batinnya, dan kematian batin adalah sama dengan hidup dalam kubur. Justeru, manusia yang memiliki cita-cita tidak kenal istirahat. Mereka akan sentiasa berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk merealisasikan cita-cita.

 

 Azam diringi usaha gigih


Apakah yang menyebabkan sesuatu azam boleh dicapai atau sebaliknya? Nescaya, dalam hal ini apa yang paling penting adalah semangat bekerja keras tanpa jemu dan putus asa menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam mencapai azam masing-masing.

 

     Sesungguhnya, setiap impian tidak datang bergolek umpama 'bulan jatuh ke riba'. Untuk mencapai kejayaan dalam cita-cita, pelajar dan remaja perlu menghadapi pelbagai cubaan dan ujian. Bagaimanapun, cubaan dan ujian akan dapat membentuk kedewasaan seseorang, mencabar minda, mencekalkan akal, memperbaiki akal budi, menguatkan semangat dalam menempuh liku-liku perjuangan hidup.

 

     Apakah azam 2013 anda, dan sudahkan anda melaksanakan azam tahun lalu? Ingatlah, azam bukan sekadar deretan huruf atau ungkapan, tetapi ia membawa erti untuk mengubah kehidupan manusia, kerana kekuatan sebenar terletak pada hati. Bagi merealisasikan segala cita-cita, kuatkan azam dan iltizam, fokuskan perhatian kepada satu perbuatan dan pekerjaan dengan tekun, agar menjadi orang berjaya dalam kehidupan masa depan.

 

---------------------------------------------------

Kata-kata motivasi bulan ini.

 

"Nature isn't change. Change is nature"

 ---------------------------------------------------

 

-----------------------------------------

 

 5 SIKAP UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN!

Anda ingin mencapai kecemerlangan dalam pelajaran? Sudah tentu, bukan? Tetapi, ingatlah, kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan hanya akan diperoleh dengan usaha yang gigih dan terancang, serta keazaman yang kuat.

    Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu, demi mencapai kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Ciri-ciri itu boleh diringkaskan sebagai A, B, C, D dan E. Tahukah anda apakah maksud setiap huruf itu?

A - Attitude/Sikap

 

  • Pelajar yang berjaya mempunyai sikap yang positif.
  • Rajin mengambil bahagian dalam pelajaran.
  • Bertanya apabila tidak faham dan menjawab soalan apabila ditanya oleh gurunya, sewaktu di dalam kelas.
  • Mendengar dengan teliti ketika guru mengajar.

             Image 1


B - Belief/Kepercayaan

 

  • Mempercayai bahawa anda ada kebolehan, kelebihan dan kekuatan tersendiri. Yakin bahawa anda boleh lulus dalam peperiksaan dengan baik.
  • Berusaha dengan gigih dan seterusnya membawa kepada kejayaan yang besar.

             Image 2

C - Confidence/Keyakinan

 

  • Berasa selesa ketika menghadapi peperiksaan.
  • Yakin bahawa anda boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
  • Sering bertanya apabila dia tidak memahami kandungan pelajaran yang guru sampaikan, dan mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas.

          Image 3

D - Determination/Keazaman

  • Keazaman yang kuat mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun.
  • Tidak cepat berputus asa, dan menganggap kegagalan sebagai satu cabaran. Dia akan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan, memperbanyakkan membaca dan memenuhi masa lapang dengan mengulangkaji.

           Image 4

E - Enthusiasm/Semangat

 

  • Tidak pernah menangguhkan segala kerja sekolah.
  • Membuat ulang kaji pelajaran sejak awal lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
  • Projek sekolah juga akan disiapkan sebelum tarikh akhir penghantaran.
  • Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar.

            Image 5

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?