Dunia Buku

Kelas G

Kenali Kelas G dan Kisah Penyiasatan Mereka
-------------------------------------------

Kelas G merupakan kumpulan enam pelajar Akademi Detektif Kebangsaan. Mereka ialah Adam, si ketua yang pandai berdeduksi, Syed, mahir mereka cipta alat, dan Micheal si kacak yang punyai kuasa pheromone. Bersama mereka juga tiga gadis yang punyai kuasa istimewa. Joanna yang memiliki memori foto grafik, Rita, si cantik yang bijak menyamar dan menukar suara, dan Ibtisam, gadis manis yang boleh melihat roh.

 

Kes Pertama
--------------

Ini merupakan kes pertama yang melibatkan penyiasatan kumpulan G. Emily Kong, model dan pelakon remaja ditemui mati dan Kelas G diberi tugasan untuk menyiasat tentang kematian Emily Kong. Mampukah Kelas G menyelesaikan kes pertama mereka? Apakah motif pembunuhan Emily Kong? Adakah Emily Kong benar-benar telah mati?


Kes Banglo Aida
----------------

Setelah kejayaan dalam kes pertama mereka, Kelas G kali ini dijemput untuk meluangkan masa di rumah banglo Aida milik keluarga Amir, kawan lama Joanna. Banglo itu agak pelik namun besar dan selesa. Di situ, Kelas G bertemu Encik Bakar yang bengis, Elin, wartawan muda, Pak Dani yang serius, Nisha, pembantu rumah dan Encik Sulaiman, seorang peguam. Di banglo Aida, mereka mengalami peristiwa yang aneh dan pelik.

Erin terserempak dengan puntianak. Baju Ibtisam pula tercalit darah yang bukan miliknya. Siapakah dalang di sebalik peristiwa pelik ini? Mampukah Kelas G mengulangi kejayaan mereka seperti Kes Pertama dahulu?


Kes Raja Hipno
--------------

Pengetua Akademi Detektif Antarabangsa iaitu Datuk Razif Mokhtar dikhabarkan koma akibat kemalangan. Walaupum ketiadaan pengetua, Kelas G masih menerima kes untuk mereka selesaikan. Kali ini, mereka menerima kes yang melibatkan dua pelajar yang hilang ingatan.

Mereka juga berhadapan dengan penceroboh sewaktu berkunjung ke rumah Cindy, sepupu Rita. Dalam diam, rupa-rupanya setiap kes yang diselesaikan oleh Kelas G merupakan pelan jenayah yang dirancang oleh Raja Hipno. Situasi bertambah kecoh apabila pengetua pulang didapati hilang.

Siapakah Raja Hipno? Siapakah yang menculik pengetua? Dan siapakah yang menceroboh rumah Cindy?


Ketahui kesudahan kes-kes siasatan Kelas G dengan mendapatkan buku terbitan Fajar Pakeer Sdn Bhd di atas dengan harga hanya RM12 (Sem. Malaysia), RM 14 (Sabah/Sarawak) setiap satu. Layari laman sesawang www.fajarnovels.com.my untuk maklumat lanjut

 

 

Dunia Buku Lain

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?