Dunia Buku

Kami 3 Sahabat

Amir, Kim Seng dan Gopal merupakan sahabat baik yang suka melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Namun pada suatu hari, ketika sedang melastik burung di dalam hutan, mereka terjumpa sebuah bangsal dan ia menimbulkan persoalan di minda mereka, mengapa ada sebuah bagsal di tengah-tengah hutan sebegini?

 

Lebih menghairankan kerana di situ ada dua buah lori yang diletakkan berhampiran. Setelah disiasat, rupa-rupanya di dalam bangsal itu sedang dilakukan kerja-kerja yang salah dari sisi undang-undang. Mereka bertiga segera meminta bantuan guru mereka, yang kemudian terus melaporkan hal itu kepada pihak polis. Akhirnya penjenayah berjaya ditangkap. Sebagai balasan, mereka bertiga telah diberi hadiah untuk bercuti di Langkawi.

 

Ingin tahu apakah kisah menarik yang berlaku di Langkawi? Dapatkan buku ini dengan harga hanya RM10.90 (Sem. Malaysia), RM13.90 (Malaysia Timur).

Dunia Buku Lain

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?