Kebersihan Diri
Penjagaan Rambut

Fakta Tentang Rambut
-----------------------------

* Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.

* Manusia dianugerahi lebih kurang 100 000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.

* Rambut dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.

* Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.

* Setiap helai rambut terdiri daripada tiga lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi dua lapisan dalam.

* Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembapkan rambut.



Rambut Anda Bermasalah?
----------------------------------

Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.

* Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.

* Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian.

* Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.

* Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan, atau mewarnakan rambut.

* Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.

* Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab, jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Sumber: MyHEALTH Portal

Kebersihan Diri Lain

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?