Dunia Buku

Buku Terbaru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Pengintip Kecil
----------------

Buku ini mengandungi 10 buah cerpen yang ditulis khas untuk pembaca berumur 10-12 tahun. pelbagai tema yang menarik yang ditampilkan oleh pengarang seperti kasih sayang, kekeluargaan, semangat patriotik, kerjasama, persahabatan, kemasyarakatan dan apa yang lebih menarik, pantun. Teka-teki dan puisi turut diselitkan untuk merehatkan minda pembaca.

Kesemua cerpen yang terdapat di dalam buku ini ialah hasil penulisan Ghazali Ngah Azia, pengarang yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan cerita kanak-kanak.

Harga senaskhah: RM8.50


Peniaga Kecil
---------------

Buku ini menampilkan empat cerpen kanak-kanak karya Aziz Afkar yang pernah tersiar dalam akhbar Utusan Pelajar pada awal tahun 1970-an. Menampilkan pelbagai tema yang positif seperti kerajinan, kegigihan dan ketabahan dalam mencapai kejayaan.

Harga senaskhah: RM7.00


Peristiwa di Pantai Chendering
---------------------------------

Tujuh buah cerpen yang diterbitkan dalam buku ini pernah dierbitkan dalam akhbar Utusan Pelajar, akhbar yang sangat terkenal satu masa dahulu. Ruangan cerpen dalam Utusan Pelajar juga memberi ruang kepada pelajar untuk mengasah bakat dan kemahiran dalam menulis cerpen.

Ahmad Kassim Endut merupakan salah seorang penulis yang memulakan dunia penulisan beliau melalui Utusan Pelajar dengan menghasilkan pelbagai cerpen kanak-kanak.

Buku ini diterbitkan demi memperingati dan menghargai Allahyarham Ahmad Kassim Endut atas sumbangan beliau dalam dunia penulisan cerpen kanak-kanak.


Harga Senaskhah : RM8.00


Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi Pustaka Fitri di talian: 0122479086 untuk maklumat lanjut.

Dunia Buku Lain

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?