Dunia Buku

Miss James Bond

Siti Nur Aisyah adalah ketua darjah Kelas 4 Cemerlang. Merupakan anak seorang polis, Siti Nur Aisyah membesar sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban demi rakan-rakan. Apa saja beliau sanggup lakukan asalkan, beliau dapat menabur bakti kepada sesiapa yang memerlukan bantuannya.

Kehilangan duit rakan-rakan sekelasnya serta trofi juara kebersihan sekolah membuat Siti Nur Aisyah merasakan beliau perlu melakukan siasatan untuk menangkap siapakah dalang di sebalik kecurian yang berlaku.

Mendapat jolokan sebagai Miss James Bond, Siti Nur Aisyah ingin segera memulakan siasatan, tetapi terlebih dahulu beliau ingin Daniel Rahman, pembantunya turut sekali melibatkan diri untuk menyelesaikan masalah yang melanda kelas mereka.

Adakah hasil siasatan Miss James Bond akan menemui siapakah dalang sebenar masalah mereka? Ketahui kisahnya dengan mendapatkan novel nukilan Zara Aluwi ini dengan harga RM12.00 (Sem. Malaysia) dan RM14 (Sabah/Sarawak).

Dunia Buku Lain

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?