Kebersihan Diri
Kebersihan Gigi

Gigi Warisan Kita

Gigi perlu dan boleh dikekalkan oleh setiap ahli keluarga sepanjang hayatnya. Set gigi yang berfungsi adalah penting untuk mengunyah makanan dengan sempurna supaya memudahkan penghadaman untuk kesihatan yang baik, pertuturan yang jelas, menyerikan senyuman dan rupa paras untuk keyakinan diri.



* Pembinaan gigi bermula dari awal kehamilan ibu. Ibu bapa perlu sedar bahawa pembinaan gigi bermula seawal kehamilan sewaktu bayi berusia 6 minggu lagi.

* Makanan seimbang adalah penting untuk kesihatan ibu dan pertumbuhan sempurna gigi dan tulang bayi.

* Pemgambilan antibiotik seperti tetrasiklin dalam jangkamasa yang panjang semasa mengandung boleh menjejaskan warna gigi bayi atau anak dalam kandungan tersebut.

Masalah pergigian yang sering berlaku ialah karies gigi (kerosakan gigi), gigi yang tidak teratur dan plak gigi. Punca utama karies dan penaykit periodental ialah plak. Plak adalah lapisan yang sentiasa terjadi dipermukaan gigi. Plak mengandungi bakteria, air liur, protein dan gula.

Pemeliharaan Kesihatan Pergigian

* Kebersihan gigi dan mulut perlu diberi perhatian semenjak bayi dilahirkan.
* Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian kita.
* Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala dan tetap.

Gula Punca Utama Karies Gigi

* Kurangkan kuantiti dan kekerapan pengambilan gula.
* Berhati-hati kewujudan gula tersembunyi dalam makanan dan minuman yang diproses.

Pemeriksaan Pergigian

* Mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor gigi.
* Mengesan masalah pergigian dan mendapat rawatan diperingkat awal.
* Mendapat rawatan pencegahan seperti selan fisur dan penyapuan fluorida.

Kebersihan Diri Lain

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?