Home » resepi » Resepi Nasi Ayam (Simple & Sedap)

Resepi Nasi Ayam (Simple & Sedap)

Masa pkp nak beli makanan untuk juadah berbuka agak susah, mengidam pulak nak makan nasi ayam, makanya kami kongsikan resepi nasi ayam yang boleh anda buat sendiri di rumah masing-masing. Resepi ini adalah perkongsian dari puan zue zulin, semoga bermanfaat semuanya.

Resepi nasi ayam

Resepi Nasi Ayam

Resepi nasi ayam simple dan sedap untuk dihidangkan ini sesuai dalam anggaran 8 orang makan, ikut juga kadang 5 orang pon tak cukup kalau sedap sangat sampai tambah berkali-kali. 😍

[quads id=10]

Bahan-Bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang deperlukan dalam penyediaan membuat nasi ayam ini. Pastikan semua bahan yang diperlukan untuk mengelakkan tidak cukup rasa atau tak jadi.

Ayam

  • 1 Ekor Ayam Dibelah 4 Bahagian
  • 1 Cm Halia
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Ketul Kiub Ayam
  • 1 Sup Bunjut
  • ¹/₂ Cawan Sos Tiram
  • 1⁄4 Cawan Kicap Lemak
  • 1 Sudu Makan Minyak Bijan
  • 2 Sudu Makan Madu

Nasi

  • 3 Pot Beras
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halian
  • 1 Ketul Kiub Awam
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • 2 Sudu Butter
  • 1 Helain Kecil Daun Pandan
  • ¹/₂ Sudu Kecil Serbuk Kunyit

Kuah Cili

  • 10 Tangkai Cili Merah (Cili Besar)
  • 5 Tangkai Cili Kering
  • 1 Biji Tomato
  • 1 Ulas Bawang
  • Sedikit Halia (Tambahan Sahaja)
  • 1 Sudu Kecil Cuka
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • 1 Sudu Kecil Gula
  • ¹/₂ Cawan Air

Kicap Ayam

  • Air Perapan Ayam Masa Rebus
  • Sedikit Tepung Jagung

Sup

  • Air Prapan Ayam Mas Rebus
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng

Tambahan

  • Sayur
  • Timun
  • Tomato

Cara Buat

Mulakan Dengan Ayam :

  • Rebus ayam dalam air yang mendidih dalam 7 hingga 8 minit.
  • Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub ayam.
  • Dah siap angkat ayam anda. (Penting: Air rebusan ayam jangan buang)
  • Dah angkat sapukan ayam anda dengan ¹/₂ cawan sos tiram, 1⁄4 cawan kcap lemak,1 sudu makan minyak bijan, 2 sudu makan madu.
  • Dah selesai sapu semua, toskan ayam dalam tapis selama ¹/₂ jam supaya ayam anda kering supaya tampak berkilat dan minyak tidak meletup semasa menggoreng nanti.
  • Pastu goreng ayam anda.
  • Selesai.

📌Air Perapan jangan buang, nak guna untuk kicap ayam nanti.

[quads id=10]

Buat Nasi Pula

  • Bawang Besar, Bawang Putih, Halia (dimayang halus).
  • Cairkan 2 sudu butter (guna buttercup pun boleh)
  • Tumis bahan hirisan dengan daun pandan (aroma naik)
  • Masukkan kiub ayam.
  • Masukkan sedikit kunyit (bagi warna jadi kuning)
  • Masukkan beras 3 pot tadi kacau sedikit dan biarkan sekejap.
  • Kemudian masukan air rebusan ayam tadi.
  • Sukatan air ikut jari macam biasa.

Buat Perasa Kuah Cili

  • Belend cili merah, cili kering, tomato, halia, serta bawang putih.
  • Masak semua bahan ni dalam kuali.
  • Masukkan garam dan gula.
  • Tambah sedikit air masak serta pasti api kecil
  • Biar hingga likat dan selesai.

Buar Kicap Ayam

  • Guna air perapan ayam masak buat rebusan ayam tadi.
  • Kalau nak pekat lagi tambah tepung jagung.

Akhir Sekali Sup Kosong

  • Gunakan air rebusan ayam tadi juga.
  • Tambah bawang goreng.
  • Tambah daun sup

[quads id=10]

Tambahan

  • Sebagai tambahan bolehlah tambah sayur, timun, dan tomato sebagai pelengkap.

Hasilnya

Akhir sekali hasilnya seperti dibawah, simple sedap dan mudah untuk anda laksanakannya, sesuai dimakan pada bila-bila masa.

Categories resepi

Leave a Comment