Tanya Kaunselor Kay!

SOALAN :

Gangguan Untuk Belajar
Saya akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Saya ingin mendapat 5A dalam peperiksaan ini. Tetapi saya tidak dapat mengulang kaji di rumah kerana mempunyai adik-beradik yang ramai dan sering menganggu saya. Bolehkah Kaunselor Kay memberikan pendapat mengenai masalah saya ini? - Gurmit Singh, Tasik Gelugor, Pulau Pinang

Jawapan

Adik Gurmit, anda bertuah kerana mempunyai adik-beradik. Anda tentu kesunyian jika menjadi anak tunggal. Mempunyai adik beradik yang ramai memang banyak cabarannya. Ini kerana kita terpaksa berkongsi segala-galanya, apatah lagi jika kita dalam keluarga yang kurang berada.

 

Sekiranya adik tidak dapat belajar di rumah kerana gangguan adik-beradik yang masih kecil, saya mencadangkan adik menghabiskan masa mengulang kaji di perpustakaan sekolah dan awam yang berdekatan. Selain itu, adik boleh belajar secara berkumpulan di rumah kawan-kawan yang lain. Mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan adalah lebih baik daripada belajar bersendirian. Adik juga boleh mendapatkan bantuan dan nasihat daripada ibu dan bapa adik.  Tentu mereka ingin melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran.  

 

Selamat berjaya buat adik!