Tanya Kaunselor Kay!

SOALAN :

Penguasaan Sifir
  1. Hai Kakak Kaunselor, setiap kali ujian Matematik, saya mesti tidak habis menjawab soalan. Ini kerana saya tidak hafal sifir. Saya susah untuk menghafal sifir. Bantulah saya. - Zairil Zidan Zaidi
  2. Cikgu selalu berpesan supaya menghafal sifir bagi memudahkan menjawab soalan peperiksaan. Tetapi saya sukar menghafal sifir. Kejap ingat dan kadang kala terus lupa. - Siti Afiyah Ali Imran
  3. Kakak Kaunselor, bagaimana cara mudah untuk menghafal sifir matematik? - Aryan Danial Danish

Jawapan

Salam Malaysia Baharu buat semua pembaca Kuntum yang disayangi. Subjek Matematik merupakan subjek penting dalam setap peperiksaan dan menjadi keutamaan untuk mendapat skor A. Namun, terdapat juga halangan utama kebanyakan murid-murid di sekolah. Ya, hafalan menguasai sifir Matematik.

 

Adik Zairil,

 

Terdapat banyak cara mudah untuk menghafal sifir Matematik. Hafal separuh-separuh dahulu. Agak sukar dan lambat untuk kita ingat dan mudah bercelaru nanti. Contohnya sifir 6. Hafal dahulu 1x6 = 6 hingga 4x6 = 24 bagi betul-betul ingat sebelum sambung pula 6x6 hingga 9x6.

 

Adik Siti,

 

Tulis sifir besar-besar dan tampal pada tempat yang senang kita lihat. Contoh bawah alas meja belajar atau tampal saja pada dinding atau peti sejuk. Setiap kali sebelum buka peti sejuk, lihat sifir dan baca berulang-ulang kali. Benda yang selalu dibaca dan diulang-ulang akan cepat ingat.

 

Adik Aryan,

 

Hafal secara berpasangan atau berkumpulan, semangat dan motivasi untuk menghafal itu lebih tinggi. Selepas hafal sifir, contohnya sifir sebelas, teruskan dengan latih tubi soalan sifir sebelas sahaja. Perbanyakkan soalan latih tubi ini. Hafalan yang terus disertai dengan latihan ingatannya akan berkekalan.

 

Banyak lagi cara untuk kita menghafal dan kekalkan ingatan hafalan sifir di minda dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Jumpa lagi!