Tanya Kaunselor Kay!

SOALAN :

Takut Gagal dalam Peperiksaan...
Kakak Kaunselor Kay, saya murid tahun 4 dan akan menghadapi peperiksaan UPSR.Baru-baru ini, saya gagal dalam mata pelajaran BM dan BI.Saya takut jika saya mendapat 3A 2B.Tolong berikan saya nasihat yang terbaik supaya mendapat 5A dalam UPSR. - Nur Dalila Wahida

Jawapan

Adik Nur, mengapa mesti takut gagal dalam peperiksaan? Ini bererti adik belum bersedia sepenuhnya. Untuk menguasai subjek bahasa, apa yang penting adik mestilah membuat latihtubi, membuat seberapa banyak latihan terutama dalam karangan dan pemahaman. Kemudian adik mestilah juga banyak membaca untuk mendapat idea-idea baru, selain bertanya kepada guru atau rakan-rakan. Bagi Bahasa Inggeris pula, adik mestilah banyak membaca buku cerita atau majalah atau akhbar dalam bahasa Inggeris, selain bertutur sesama rakan dalam bahasa tersebut. Jangan malu atau segan sekiranya ada membuat kesilapan.

Log masuk ke Rakan Kuntum



Belum jadi Rakan Kuntum?

Pengiklanan